Jika sepi..jangan merasa sendiri, ada Allah yang selalu mengawasi, Jika sedih jangan pendam di dalam hati, ada Allah tempat berbagi, Jika susah jangan menjadi pilu, ada Allah tempat mengadu, Jika gagal jangan putus asa, ada allah tempat meminta, Jika Bahagia jangan menjadi lupa, ada Allah tempat menyembah...
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya?? Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang berseloka di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa..
Tiada kelebihan yang lebih bererti kecuali disyukuri dan tiada kekurangan yang bererti kecuali terus memperbaiki diri, Jangan pernah menyerah untuk sentiasa berbuat baik dari semalam, dan mari mimpikan hari esok yang lebih cerah dari hari ini dengan memuliakan diri atas penambahbaikan diri, Jangan lupa teruslah memohon petunjuk-NYA....
Hapuslah airmata dipipi dan hilangkan lara dihati. Terimalah semuanya sebagai sebahagian daru perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, kita akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak tidak ada lagi keresahan dan kegelisahan di saaat bersendirian...
Jika yang dirindu belum ditemui, maka serahkan rindu itu pada Illahi, dan jika yang dicinta belum juga berjumpa maka titipkan saja cinta itu pada Maha Pemberi Cinta, jika yang dinanti belum berkunjung tiba maka bersabarlah dalam bersendirian..dan bertawakallah dalam penantian, bukankah jiks sudadh tiba saatnya..jodoh tak akan lari ke mana, kerana sejak roh bersatu dengan jasad telah dituliskan-NYA siapa pemilik hatinya.
Tidak usah membandingkan diri dengan wanita lain kerana Allah SWT pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-NYA, meskipun ia tidak menyedarinya..Kembalikan segala urusan hanya kepada-NYA, kerana hanya DIA Yang Maha Memberi dan Maha Pengasih..
Aku mencintaimu kerana Allah, aku merindukanmu kerana Allah, aku menunggumu kerana Allah, ini bukan pautan perasaan untuk sebuah penantian, aku berkata seperti ini kerana aku tahu diriku yang terlalu banyak kekurangan..kuatkan hatiku yang selalu lemah tentang cinta YA Rabb..tunjukkan jalan pada hatiku dan rinduku dijalan yang terbaik menurut MU untuk dunia dan akhirat....
Yaa Rabbi, ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar Ash-Siddiq, sebijaksana Umar Bin Al-Khattab, sedermawan Uthman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal bin Rabah, setegar Khalid bin Al-Walid r.a..Amiin ya Rabbal'alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment