kisah aku ngan polis kini berulang kembali..
dlu, sewaktu aku br jer ditugaskan ke sini..aku sda memulakan kisah hidup br aku ngan insiden cermin kereta aku dipecahkan ketika kuar makan ngan kawan..masa tu buat pertamakali dlm hidup aku menjejakkan kaki ke unit siasatan jenayah..dan di soal siasat dr mlm hingga ke awal pagi..hampir subuh baru la kami dibenarkan pulang ke rumah..
kini, setelah hampir 3 tahun aku berkhidmat di daerah nie..sekali lagi aku di timpa musibah yang mengaitkan aku kembali ngan ibu pejabat polis..cuma kali nie kes yang berbeza..sapa sangka kegembiraan menyambut kedatangan aidilfitri cuma seketika jer..sekembali dr bercuti..aku disambut ngan berita..bilik sewa luar menjadi sarang kaki gam..aku tergamam n terkejut bila dgr peringatan dr sorang warga prihatin t'hdp keselamatan kami..aku trus maklumkan hsemate aku n landlord..tak lupa jg teman sekerja yg tggl berdekatan..memandangkan hsemate aku masi bercuti lg..teman sekerja aku meminta aku untuk bermlm diumahnya buat sementara waktu..aku enggan, sbb aku rasa kurang selesa menumpang bermlm d umahnya..so, aku beranikan diri untuk trus bertegas bermlm d umah sewa kami..sehingga la pada mlm semalam sumanya terbongkar depan mata aku sendiri..
hampir tghmlm..aku sendiri menyaksikan geng2 kaki gam kuar dr bilik sewa luar..dan cuba utk menyusup kuar dr kawasan umah sewa kami..tpi aku berjasa mengesan pergerakan mereka dan menyergah mereka dr kawasan gelap di sudut beranda yg sememangnya terlindung..aku rasa sedikit selamat sbb aku berada dlm umah ketika mereka menceroboh masuk..dlm keadaan mengigil..alhamdulillah..Allah masi bersamaku..aku tak hilang akal n trus tergerak hati untuk melaporkan trus kepada unit kawalan peeronda polis..
tpi nasib aku tak sebaik yg aku harapkan...aku terpaksa menunggu hampir sejam lebih selepas membuat laporan kepada polis...kalu bule diukur degupan jantung aku disepanjang tempoh itu..sda 2x ganda lebih dr degupan normal..aku bersembunyi di penjuru umah sambil cuba menghubungi teman sekerja yg terdekat..malangnya dia tak dapat dtg memandangkan dia x bule memandu..saat itu, aku hny mampu bertawakal kepada Allah..moga aku dilindungi..dan disudut itu juga la aku menunggu sehingga aku menerima panggilan dr pihak peronda..mereka sda tiba di kawasan kejiranan kami dan minta aku bertenang dan keluar dr rumah..Alhamdulillah..polis peronda dtg dan memeriksa bilik2 yg diceroboh..dan bau gam masi kuat..aku minta pertolongan drpd polis peronda untuk mengiringi kereta aku sehingga ke rumah kawan..
hampir pukul 1..aku menerima panggilan drpd unit kawalan polis..mereka ingin tahu sekiranya aku ingin membuat laporan mengenai apa yg berlaku..sda tentu aku mahukannya..tpi semasa aku dlm perjalanan ke ibu pejabat balai polis..sekali lagi aku mendapat panggilan bhw pihak polis sda berada di rumah sewa kami.,mereka akan mengambil keterangan aku di tempat kejadian..dan aku kembali semula ke rumah..mujur malam itu aku mendengar nasihat kawan sekerja yg menemani aku membuat laporan untuk tidak bermalam d umah sewa itu sorang diri..demi keselamatan diri..aku bermalam di umahnya. aku blk ke rumah sewa kami keesokkan harinya..aku berharap tiada apa yang berlaku...aku ingin pergi bekerja dengan hati yg tenang sedikit selepas peristiwa semalam..tpi apa yg berlaku di luar dugaan ku..kesabaran aku diuji lagi..sebaik aku menjejakkan kaki ke dalam umah..rasa tak sedap hati sda memenuhi segenap ruang hati..aku cuba memberanikan diri untuk memeriksa keadaan rumah..subhanallah!! jantung aku hampir gugur bila melihat pintu dapur umah sewa kami sda dipecahkan..dalam keadaan mnggeletar aku mencapai barang2 yg baru saja aku keluarkan dr dalam kereta..berkali2 aku beristighfar..mindaku mengatakan aku perlu keluar dari kawasan rumah itu dengan kadar segera...setelah berada dalam kereta dan memandu keluar dr kawasan umah..aku membuat laporan polis sekali lagi..dan kali ini aku diminta untuk tampil ke ibu pejabat polis..aku lakukan sepertimana yang diminta..dan sekali lagi aku kembali ke umah sewa kami dengan beberapa orang pegawai polis..
Aku seram ngan keberanian remaja2 di daerah ini..bukan saja mereka berani membuat kerosakkan..tpi mereka juga berani mencuri disiang hari walaupun sda tahu umah sewa kami itu sedang dalam pengawasan polis..3 orang pelajar sekolah menengah caught red handed sebaik kami tiba..tpi amaran yg diberi oleh pihak polis seolah mencurah air d daun keladi..msuk telinga kanan keluar telinga kiri..walaupun mereka sedia maklum kami adalah jiran kepada guru besar sekolah mereka...tiada rasa segan atau malu mencuri d umah sewa kami..ksian ngan guru besar sekolah mereka yg turut hadir semasa soal siasat dijalankan di parking lot umah sewa kami..wajahnya merah padam menahan marah dan malu..ternyata kepimpinan dia sebagai pengetua diperlekehkan oleh anak muridnya sendiri...sadis kan!!
citer kami tak berakhir di situ saja..aku cuba call tuan umah..minta beliau datang segera ke daerah nie untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku dan kelemahan security rumah sewanya..malangnya jawapan yang aku perolehi amat mengecewakan..katanya , dia mempunyai program hingga weekend..tiada masa untuk datang melihat umah sewa nie..masyaallah...rasanya tuan rumah kami adalah orang yang tidak berperikemanusiaan dan hanya mementingkan wang semata2..keselamatan bahkan nyawa kami terancam di umah ini, tpi dia hny buat tak kisah dan lebih pentingkan programnya..pegawai polis yg datang menyiasat hanya menggelengkan kepala..tak sangka wujud jg tuan rumah takde hati perut camtu..
so, pendek kata...aku ngan hsemate aku mengambil tindakan sendiri..kami sepakat mengupah orang untuk membaiki pintu dapur yang telah dipecahkan dan memasang pintu besi..sekeliling rumah sewa nie kami pasangkan 4 buah lampu kalimantang..yg mna cukup untuk membuat kawasan umah sewa ini terang benderang..pokok2 yg di tanam oleh tuan rumah yg kononnya untuk dijadikan pokok perhiasan..tanpa belas kasihan kami tebang tanpa fikr pjg lagi..kini, sda seminggu insiden tersebut berlalu..namun aku masi rasa sedikit fobia dengan sebarang bunyi yg aku dgr pada waktu mlm..tidak pasti bila lagi budak2 itu akan menyeludup masuk lagi @ menyerang kami tanpa kami sedari..tiada lagi ketenangan tinggal di sini..dan aku sdatiada hati untuk meneruskan perkhidmatan aku di daerah ini..cukuplah sampai di sini saja..aku berharap permohonan aku untuk berpindah ke daerah lain akan diluluskan..amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aduh!! sangat ngeri!! harap2 dapat pindah cepat kan.. huhuhu..
Post a Comment