Pengalaman hari nie bermula ngan satu perasaan yang sukar untuk aku jelaskan disini...disebabkan satu hal..aku tak dapat melelapkan mata sehinggalah ke pagi...pada waktu aku cuba untuk melelapkan mata..tiba2 fb chat pop out windows muncul di skrin laptop. aku sengaja membiarkannya terpasang supaya aku tidak terlajak tidur..melihat nama chatter jer membuat aku tersenyum..hahahaha kami berbual pjg..dan keadaan itu sda cukup untuk membuat aku segar dan bersemangat walaupun dlm hati kecil aku agak risau kerana aku masih perlu memandu selama 4 jam untuk sampai ke destinasi sedangkan aku masih blum tidur walaupun sekejap. berbual dengannya bagaikan ubat bius yang membuatkan aku terlupa seketika akan masalah yg aku hadapi ngan guru pembimbing aku yg kurang matang tu...hahhaha.. :p tepat pukul 4 pagi aku bertolak dr rumah dan menjemput 2 orang guru yg akan pergi bersamaku ke Ranau...alhamdulillah..kami selamat sampai tepat pada waktunya..lebih kurang pukul 8.30 pg..satu lagi cerita baru dalam diary hidup aku..memandu keta VIVA aku dr Kudat hingga ke Lohan, Ranau...aku bersyukur sebab kereta aku takde apa2 masalah dalam sepanjang perjalanan tersebut...dan sehingga kami pulang semula ke kudat..
kami tiba di kudat lebih kurang pukul 6.24 petang..seluruh badan aku terasa lenguh dan sengal...kesan memandu jauh dan tidak tidur hampir 32 jam..dan akibatnya selepas isyak aku terlelap disofa tanpa aku sedari..sehingga mum called me..hurmm..msa tu barulah perut rasa lapar..tpi tak larat nak bgn masuk dapur..so aku terlelap semula kemudian terjaga lagi..dan akhirnya mata ku kembali segar bila menonton filem 'syahadat cinta'...satu kisah cinta yang penuh teladan dan pengajaran...dan kemudian aku keboringan semula...hahahaha
esok hari terakhir persekolahn untuk penggal pertama..minggu depan cuti sekolah akan bermula selama seminggu...yeeeeeehuuuu!!! its time not to think about work frequently..hahaha..in other word i still have to think huh??? hurmm...selagi tak abis praktikum..kerja takkan pernah abis...pa pun enjoy the holiday jer dlu..pastu br la fikir pasal kerja..hehe
kepenatan masi blum hilang lagi walaupun dah tidur sekejap tdi..dan masi bnyk lagi kerja yang aku blum siapkan untuk di packing dan di bawa pulang ke kampung..hopefully pagi nanti aku bule bangun awal dan packing barang yg perlu..sebab selepas mengajarr esok aku akan trus pulang ke kota belud..harap2 esok segalanya akan berjalan ngan lancar dan takde la hal2 yang menyakitkan hati akan berlaku..amiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment