Tuesday, December 20, 2011

Try to believe...

Aku melangut di hadapan komputer ribaku. Melangut?? btul ker penggunaan ayat aku nie?? ah lantak la..malam kian sunyi. Facebook?? malas nak update status. takde maknanyer!! notification aku penuh ngan game request jer..aku takde mood lg nak start main game nie..sorry guys kalu takde apa2 respon kat request korang..

"cik jari ketam.." Nampaknya gelaran nie dah semakin sebati ngan aku di umah nie.
kus semangat!. aku mengurut dada. mataku mencerlung tajam ke wajah pemilik suara yang baru saja menyerbu masuk bilik aku tanpa salam dan kebenaran. Tanpa rasa bersalah Nisa slumber beruk jer duduk dibirai katilku yang bersaiz queen..hehe ops!! sorry back to the story..
'blogging la tu..klu tak layan novel..melangut dok layan citer korea..ish3x."
takde insurance langsung mulut minah kepoh sorang nie. 'hah..ko nak apa serbu aku nie sampaikan salam pun tak sempat nak bagi?'
aku tekan butang 'x' di hujung sebelah kanan atas page yang aku sedng buka. skrin aku kini kembali pada gambar anime kegemaranku. kemudian aku memusingkan kedudukanku menghadap Nisa sambil kedua lenganku bersilang antara satu sama lain memeluk tubuhku menandakan aku tidak berniat untuk memanjang perbualan antara kami. terlalu banyak yang aku mahu taip. Semuanya mengasak fikiran.
'apa citer ko ngan Radzi?? semalam kan birthday dia. ko bagi apa kat mamat tu??'
Mata Nisa bersinar2 ingin tahu. alaa..nak buat gosip la tu. tak abis2. Yelah, dah namanya GOSSIP GIRL kan. Memang la kena cari bahan yang terhangat di pasaran. tpi waaaaaait the minute, citer aku ngan Mr.cool aku tu takde la hebat sangat cam citer Princess Diaries. Biasa aje.
'errmm..nothing unusual..besa jer. Napa?' jawabku diantara desah keluhan dan kehampaan.
'aku tak caya la. takkan besa2 jer kot.' Nisa kurang puas hati dengan jawapan aku. Dia ingat dia boleh tipu aku ker? ini Annisa la. come on girl!!
aku tarik nafas dalam. hembus.tarik.hembus. okay.
'tak caya dah la..itu jer ker yang ko nak tau?'
Nisa urut dagu sambil memandang tepat ke wajahku. Riak wajah yang dia pamerkan amat aku fahami.
'there must be somthing happen yesterday, and from what i see..u trying to hide or forget it.'
Nisa memberi komen.
dup..dap..dup..dap..aku berlagak tenang dan kononnya langsung tidak tergugat dengan kata-kata Nisa.
'well....if you say so..then..i have nothing to tell you.'
chewah! berangan jadi minah omputih jap. hehe ntah btul ntah tidak. apa2 jelah. yang penting aku mesti cool kalau nak diamkan minah kat depan aku nie.
aku berpaling membelakangkan Nisa untuk menutup sinar mataku yang kian redup sebaik saja memori semalam menjengah diminda. Duhai hati, bersabarlah.
'i know you echa. mesti ada sesuatu yang berlaku semalam kan. kalau tak, masakan kau berkurung jer sejak balik dari bandar semalam. Makan pun tak. Kesian la sket ngan badan kau tu.' tiba2 Nisa bernada serius.
well, satu benda yang aku heran ngan minah kat atas katil aku nie, apasal dia nak tahu sangat citer aku ngan Mr.Cool?? ada apa2 yang aku terlepas pandang ker? atau jangan2......oh..no...no...no..no..impossible!! Zirwatul Aisyah jangan pepandai nak buat kesimpulan yer. Harap maklum.
aku hanya diam. kata-kata Nisa aku biarkan seperti angin lalu di cuping telingaku. No Comment!!.
kedengaran dengusan kasar Nisa. Mungkin geram bercampur kesal sebab tidak berjaya mendapatkan apa2 citer daripadaku. Sorry Nisa.


"Kata pujangga, cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan. Alangkah indahnya islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi. Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada ALLAH Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-NYA jauh melebihi cinta kepada makhluk sesama makhluk. Justeru, cinta kepada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-NYA."

0 comments:

Post a Comment