Adakalnya..bila kita mengharapkan sesuatu itu agar berakhir dengan cepat..atau masa akan berlalu dengan pantas ia tidak akan berlaku..tpi saat kita mengharapkan yang sebaliknya..seolah hanya sekerdipan mata saja ianya melewati tanpa kita sedari...dan diwaktu itu tanpa disedari dalam diam kita mempersoalkannya..persoalan 'kenapa'..'mengapa'..& 'seandainya' akan menjadi ayat lazim tiap denyutan jantung...
20 minit yang lalu...tarikh telah bertukar...maknanya hari nie adalah hari Jumaat..14 Januari 2011...lagi 3 hari aku begitu juga sahabat2 ku akan menempuhi satu laluan untuk mengapai 1 pengikhtirafan seumur hidup...boleh jadi laluan itu mudah untuk dilalui..dan mungkin juga amat sukar untuk ditempuhi...sedangkan semasa masih dalam proses membuat persiapan untuk melaluinya masih banyak kekeliruan..kekalutan..kepayahan yang terpaksa ditangani...segalanya memerlukan hati yang cekal dan jiwa yang sentiasa berharap pada-Nya agar segala apa yang dilakukan dipermudahkan dan diberi petunjuk....juga fizikal dan mental yang teguh untuk terus berusaha melangkah ke hadapan...tidak berputus asa sekalipun asyik tersungkur..dan terluka..tiap saat aku memikirkannya..hati dan minda bersatu memanjatkan doa..agar Ya Rabb..Ya Rahman Ya Rahim..tabahkan hati kami..cekalkan jiwa kami..kuatkan mental dan fizikal kami..sembuhkan luka kami...sembunyikan airmata kami..agar kami terus bersemangat dan tersenyum melangkah menuju ke hadapan demi sebuah kejayaan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment